Thursday 11 April 2013

MELAKA BANDAR BERSEJARAH

Assalamualaikum  , buat semua pembaca blog ni sekalian . . Maaf la sebab lama tak mengupdate blog ini, maklum lah sibuk buat semua report-report akhir. . 

sebagai hadiah, Cik Aida nak hupdate pasal Negeri yang bersejarah di Malaysia, lain tak bukan adalah Melaka Bandar Bersejarah :) 

tempat yang harus dilawati jika berada di Melaka adalah , 

Bukit St.Pauls (A' FAMOSA)

Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641. Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membina sebuah kubu yang menghadap sungai, iaitu A'Famosa. Melaka adalah pusat perebutan antara kuasa-kuasa besar pada masa itu, dan mengalami ancaman serangan berterusan, sehingga kubu A'Famosa berada dalam keadaan kritikal ketika Portugal mengekalkan tapak penjajahannya di Timur.






Disebalik dinding kubu terdapat beberapa rumah-rumah, dan beberapa kedai makan, istana dan bilik mesyuarat. Serangan dari belanda selama tujuh bulan telah memusnahkan beberapa bahagian kubu tersebut dan tinggalan yang masih ada adalah pintu masuk kubu tersebut



Kunjungilah Bukit St. Paul pada lewat petang yang dingin dan bersiar-siar di sekitar kawasan tinggalan sejarah ini. Di sini, anda hampir dapat membayangkan kegemilangan dan misteri Portugis bertahun-tahun dahulu...

Jonker Walk

Bagi syurga bagi pengumpul dan penggemar barangan antik dengan pelbagai pilihan yang terbaik di Malaysia. Pengunjung pasti terpegun dengan artifak dan peninggalan yang tulen, di mana ada beberapa yang wujud sejak 300 tahun dahulu, boleh didapati dengan pelbagai koleksi menarik, masing-masing mempunyai sejarah dan misteri yang tersendiri.





Jalan Hang Jebat, dahulunya dikenali sebagai Jonker Street, dikenali di seluruh dunia di kalangan pengumpul antik sebagai salah satu tempat terbaik untuk mencari dan tawar-menawar barangan antik .


barangan yang ada di Jonker Walk 


cantik bukan lampu ini ?? 


Kebelakangan ini, banyak terdapat kafe dan kedai barangan kraf yang tumbuh bagai cendawan di sekitar Jonker Street, menjadikan kawasan tersebut dipenuhi suasana budaya lama bertemu baru.


Melaka River Cruise

Sungai merupakan jalan air utama bagi perdagangan di Melaka semasa zaman kegemilangannya dahulu, yang sibuk dengan pedagang yang datang dari seluruh pelusuk dunia.



Sesetengah bangunan usang yang ada pada zaman itu masih teguh, kelihatan hebat dan megah di sepanjang sungai, yang merentasi desa lama, atau kampung, dan bangunan zaman moden.





Perjalanan menaiki kapal persiaran selama 45 minit yang diiringi dengan ulasan yang menghiburkan serta bermaklumat. Dengan bayaran hanya RM8*ia sungguh berbaloi. Lihatlah sebahagian daripada sejarah Melaka, belajar sejarah secara percuma, tidak perlu bersusah-payah! * harga tertakluk pada perubahan.

Menara Taming Sari

Para pengunjung berpeluang menyaksikan kawasan bersejarah negeri Melaka yang menarik pada ketinggian 80 meter di Menara Taming Sari. Keindahan selat Melaka yang luas dan pembangunan yang pesat di bandar Melaka, pasti menjadikan lawatan anda penuh dengan memori indah yang tidak akan dapat dilupakan.





Menara Taming Sari yang terletak di Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka ini telah dibuka pada 18 April 2008. Menara setinggi 110 meter ini direka berinspirasikan lagenda Keris Taming Sari.

Menara Taming Sari merupakan yang pertama di negara kita yang mempunyai struktur berpusing sepenuhnya. Kabin berhawa dingin yang selesa buat pengunjung boleh memuatkan 66 orang bagi satu masa.




Bastion Middleburg

Setelah kejatuhan Melaka dari penjajahan Portugis kepada kuasa barat baru iaitu Belanda pada 14 Januari 1641, maka berbagai langkah pembaharuan telah diperkenalkan dalam memastikan aspek keselamatan Kota Melaka terjamin. Pihak Belanda telah mengambil langkah keselamatan dengan melakukan beberapa penambahan bahagian tembok Kota Melaka. Tindakan ini bertujuan untuk memperkuatkan lagi sistem pertahanan kota yang sedia ada hasil peninggalan Portugis.




Pihak Belanda masih menerima tentangan luar dan rakyat tempatan dalam usaha merampas kembali Kota Melaka. Penambahan bahagian-bahagian tembok kota akan dapat memperkuatkan lagi pertahanan mereka dari ancaman tersebut. Penambahan tersebut melibatkan pembinaan bastion atau menara kawalan di kawasan yang strategik seperti di Muara Sungai Melaka yang menjadi tumpuan perdagangan dan persinggahan kapal-kapal dari luar.





Pembinaan bastion yang dikenali sebagai Middleburg telah dilakukan oleh pihak Belanda pada tahun 1660. Kejayaan membina menara kawalan baru ini sekaligus menambahkan jumlah bastion Kota Melaka kepada 9 buah. Pertahanan kota menjadi semakin kukuh kerana bastion baru ini berperanan mengawal persekitaran muara Sungai Melaka yang sibuk dengan aktiviti perkapalan dan perdagangan ketika itu. Sistem pertahanan sedia ada iaitu dengan penambahan bastion yang akan berupaya menempatkan meriam-meriam dengan kawalan tentera. Tindakan sedemikian akan melemahkan ancaman luar yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.


Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di melaka antaranya Zoo Melaka, Taman Budaya, Kubu St.John, Medan Portugis, Muzium Nyonya dan pelbagai tempat-tempat yang menarik. . 

Jadi, Jom Melancong ! ;) 

-NKAR-



No comments:

Post a Comment