Monday 15 April 2013

Jelajah Negeri Terkecil


Assalamualaikum..ahlan washlan "^_^"


Actually minggu ni merupakan minggu study week..hehe.sekejap je kan dah nak habis sem 1.so before exam  dee nak update sikit tentang tempat yang menarik yang ada kat PERLIS INDERA KAYANGAN tuu.. Jom siapa nak teman Dee naik flight, angkat kening..hehe. Check it out!! bye,,


Kuala Perlis


Dee dah tiba di Perlis. Tempat pertama yang Dee pergi adalah Kuala Perlis. Aktiviti utama di sini ialah memancing dan terdapat banyak restoran makanan laut boleh ditemui di pekan kecil ini.

Makanan laut di Perlis bukan sahaja segar, tetapi ia juga lebih murah berbanding di ibu kota. Berseronoklah menikmati makanan laut, pilih makanan laut yang pelbagai dimasak, digoreng,, barbeku, panggang dan banyak lagi.




Padang Besar


Pekan di sempadan ini merupakan titik pertembungan warga Thailand dan Malaysia. Ramai rakyat Malaysia memasuki Thailand melalui tempat ini dan begitu juga warga Thailand ke Malaysia untuk tujuan membeli-belah, perniagaan atau lawatan rekreasi.

Platform panjang di stesen kereta api, dikendalikan bersama oleh Malaysia dan Thailand. Selain daripada pusat pemeriksaan Imigresen dan beberapa papan tanda, sukar untuk membezakan di manakah sebenarnya sempadan tersebut berada, kedua-dua belah kelihatan sama sahaja. 

Menjangkau landasan kereta api ialah Pekan Siam, syurga bagi orang yang suka tawar-menawar. Pekan ini penuh dengan tekstil, pakaian, kraftangan, makanan, buah-buahan dan cenderahati.






Gua Kelam

Now, kita ke gua pulak ye..nak tengok apa yang ada entah kat gua tu..Gua Kelam (Cave of Darkness) ialah satu daripada gua batu kapur yang tertua di Malaysia, sepanjang 370 meter berdekatan sebuah pekan kecil yang dipanggil Kaki Bukit. Ia terletak kira-kira 33km di utara Kangar. Taman Rekreasi Gua Kelam terkenal dengan 'laluan di dalam gua' yang mempesonakan di mana anda boleh masuk dari satu hujung gua dan keluar melalui satu hujung di lokasi yang berlainan.

Satu-satunya laluan untuk ke gua ialah melalui jambatan gantung yang diperbuat daripada kayu selebar lapan kaki. Jambatan ini menghubungkan Kaki Bukit ke Lembah Wan Tangga, sebuah lembah di hujung bertentangan Gua Kelam. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris mendapati laluan air yang terdapat di dalam gua boleh digunakan untuk memindahkan bijih besi dari lombong yang terletak berdekatan laluan masuk anak sungai melalui gua bawah tanah ke Kaki Bukit.

Kini, penduduk tempatan dan pelancong memasuki gua melalui laluan yang diperbuat daripada kayu. Laluan imi disinari cahaya lampu. dan di sepanjanh perjalanan, anda masih dapat menemui tapak aktiviti perpindahan bijih besi di dalam gua. Semasa anda berjalan di dalam gua, anda akan dapat mendengar bunyi anak sungai bawah tanah, bersama dengan bunyi kelawar dan titisan air daripada stalaktit, yang boleh dikatakan membentuk sebuah konsert semula jadi. Bunyinya agak menyeramkan, ditambah pula dengan misteri bahawa dahulunya gua ini pernah didiami oleh orang Zaman Batu.






Ok lah Dee pun dah nak balik ny..ny jalan kluar la kot..hehe..
On the way ke KLIA ny..yang tak nak balik tu tinggal lah yer..esok kami nak terbang ke negeri lain lagi..siapa nak ikut cepat booking tiket lah yer..haha 

JOM MELANCONG !! 






No comments:

Post a Comment