Sunday 27 January 2013

Sabah bahh!


Assalamualaikum, kepada pembaca blog ini sekalian. .

pernah kah kalian ke Negeri di bawah bayu ? sabah baaaaa!!  Negeri yg kaya dgn pelbagai khazanah dan budaya menarik, malah negeri ini juga mempunyai pelbagai tempat2 yg menarik yg boleh dilawati, negeri ini berkeluasan 73,613  bersamaan dengan 22.3%, walaupun berkeluasan sederhana tetapi mempunyai tempat-tempat yg menarik untuk dilawati.

Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton.




PETA NEGERI SABAH


Seperti yg dijanjikan mari kita lihat tempat-tempat menarik yang ada di negeri sabahhh!! 

Check it out!!! 

TAMAN KINABALU

Taman Kinabalu merupakan pintu masuk ke Gunung Kinabalu. Ia terletak 1,585 meter di atas paras laut dan menjadi tapak permulaan bagi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Ia meliputi kawasan seluas 754 km persegi dan merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambayukon dan kaki bukit.



Cantik bukan ? 

Gunung-gunung ini memiliki sejarah geografi yang menarik dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Gunung Kinabalu yang tersergam indah sebenarnya adalah massif granit yang kemudiannya tembus dari kerak ke permukaan bumi.



WELCOME!

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok

Masa terbaik untuk melawat 'Orang Liar Borneo' adalah pada pukul 10 pagi dan sekali lagi, pada pukul 2.30 petang apabila primat ini keluar dari hutan untuk mendapatkan makanan harian mereka, pisang dan susu. Anda boleh melihat orang utan diberi makan dari satu platform di pusat ini dan kemudian mereka kembali semula berkeliaran bebas di dalam hutan di mana mereka boleh menjaga diri sendiri.





Anak Monyet yang cute

Selain orang utan, terdapat lebih 200 spesis burung dan pelbagai jenis tumbuhan liar yang boleh dijumpai di dalam hutan simpan seluas 5.666 hektar.

TAMAN MARIN TUNKU ABDUL RAHMAN

Terletak kira-kira 10 ke 20 minit perjalanan menaiki bot laju dari ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu, Taman Marin Tunku Abdul Rahman terdiri daripada lima buah pulau yang indah yang berkeluasan melebihi 4929 hektar, dua pertiga daripadanya adalah laut.






Indahnya Ciptaan-Nya 

Pulau-pulau terdiri daripada - Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sulug, Pulau Gaya dan Pulau Sapi mempunyai pantai berpasir putih yang penuh dengan ikan dan terumbu karang; sesuai untuk penyelam baru serta mereka yang berkelah. Untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak di atas tanah, Pulau Gaya dan Pulau Sapi juga mempunyai denai kembara merentasi hutan dara mereka.

PULAU MABUL

Pulau Mabul dikatakan salah sebuah lokasi terbaik di dunia untuk jurugambar bawah laut.Terletak di kawasan air laut jernih Laut Celebes luar tanah besar Sabah , ia dikelingi dengan pelbagai terumbu karang yang unik dan menarik .



Dengan berkeluasan 21 hektar  ia dianggap lebih besar daripada Pulau Sipadan yg berhampiran dan menjadi tempat tinggal bagi suku kaum Bajau Laut iaitu salah satu sebuah etnik di Sabah.



Menyelam merupakan aktiviti utama di pulau ini, ia akan diadakan sepanjang tahun. Pelbagai spesis hidupan laut yang ada disini antaranya Kuda Laut, Tapak Sulaiman, Ikan Buaya, Ikan Gobi ' fire' , belut laut dan macam-macam spesis lagi. Terdapat lapan kawasan yang boleh menyelam dan mempunyai keistimewaanya sendiri.

Terdapat tiga buah resort untuk penginapan para penyelam - dua daripadanya terletak di pulau dan satu lagi terletak di atas sebuah platform minyak yang di ubah suai kira-kira 500 meter dari pantai. Semua resort menyediakan bot ulang-alik setiap hari ke pulau sipadan dan kipalai kepada pengunjung.


Antara Resort yang terdapat di Pulau Mabul 

PULAU LAYANG-LAYANG

Pulau layang-layang menjadi pulau terkemuka untuk penyelam selepas Pulau Sipadan


Pantai Syurga ini terletak di Pantai Laut China Selatan kira-kira 300 km ke barat laut Kota Kinabalu Sabah.



Kawasan pulau yang luas menempatkan resort dengan 90 buah bilik, pangkalan Tentera Laut Malaysia dan koloni penetasan bagi beberapa jenis burung laut yang berhijrah. Topografi terumbu karang terdiri daripada terumbu keras yang banyak di kawasan ini: sesetengah kawasan agak cetek dan boleh dilihat sewaktu air surut tetapi kebanyakannya bermula pada kedalaman 5m di dasar laut.




Antara hidupan laug yang terdapat di 14 tempat menyelam di sini ialah ikan jerung (black-tip sharks, hammerheads), jacks barracudas, bump-head parrotfish, lionfish, belut moray,, penyu, nudibranches, gobies dan ikan ghost pipe.


Memorial Perang Kundasang

Memorial Perang Kundasang merupakan tugu pertama yang dibina untuk memperingati banduan perang dari Australia dan British yang meninggal dunia di Sandakan dan sewaktu melakukan perjalanan maut ke Ranau dalam Perang Dunia ke-2.




Memorial yang dibina seperti kubu ini direka oleh arkitek tempatan, J.C. Robinson.

Memorial ini dibuka kepada pengunjung tempatan dan luar, bukan saja untuk melihat kawasan taman yang sempurna tetapi juga untuk memperingati mereka yang berkorban nyawa demi kemerdekaan penduduk tempatan. 



SAFARI MONKEY TOPS

Anda boleh menggunakan lebuh raya untuk ke Safari Monkey Tops dengan perjalanan mengambil masa i jam 30 minit. Di sebalik pokok-pokok bakau yang tumbuh di Semenanjung Tanah Lembap Klias, hutan tanah lembap ini kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar seperti monyet proboscis, monyet long tail ( macaques), buaya, kelip-kelip dan pelbagai spesis burung.



Bangunan utamanya diperbuat daripada bahan tempatan dan boleh memuatkan 200 orang pengunjung pada satu-satu masa. 





Ia turut memiliki menara pemerhati setinggi 30 kaki yang membolehkan anda menikmati pemandangan tanah lembap tropika dan hidupan liar di tebing sungai. Kompleks ini mempunyai laluan papan setinggi 500 kaki beratap nipah dan sebuah jeti sungai yang menawarkan pelayaran sungai yang selesa.


Sabah sememangnya menjanjikan pelbagai tempat-tempat yang menarik yang sesuai dilawati oleh semua peringkat umur, dan negeri ini sendiri mempunyai pelbagai etnik-etnik , suku kaum yang unik. Pelbagai lagi tempat yang boleh diterokai di negeri ini antaranya Lembah Danum, Taman Marin Pulau Tiga dan Via Ferrata Gunung Kinabalu.


so! tunggu apa lagi! pergi lah bercuti segala-galanya ada di Malaysiaa!! 

nakr


No comments:

Post a Comment