Thursday, 24 January 2013

Jom Melancong ke Negeri Perak

Assalamualaikum, kepada pembaca blog ini sekalian. .

pernah kah kalian ke Negeri Perak Darul Ridzuan ?? Negeri yg kaya dgn pelbagai khazanah dan budaya menarik, malah negeri seladang ini juga mempunyai pelbagai tempat2 yg menarik yg boleh dilawati. . keluasan negeri ini adalah 21,005  bersamaan dengan 6.4%. agak besar dan menarik bukan ???






PETA NEGERI PERAK


10 tempat menarik di Negeri Perak (mangikut tangga)  :

10 : KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA

Jika melancong ke negeri perak jangan lupa singgah di Bandar Diraja Kuala Kangsar , ia nya wajib dikunjungi kerana mempunyai pelbagai tempat-tempat destinasi yg menarik. Hanya mengambil masa pemanduan  30 minit dari Ipoh.

Kuala Kangsar sempena 99 kuala anak sungai di Sungai Perak iaitu kurang 100, maka ia diberi jolokan nama 'Kuala Kurang Sa'

Jangan lupa mengunjungi Masjid Ubudiah, Istana Iskadariah dan galeri Sultan Azlan Shah


Masjid Ubudiah


Tarikan utama ke Kuala Kangsar adalah makanan nya yg tersendiri, iaitu laksa kuala kangsar yg semestinya terkenal di Medan Selera kuala kangsar dan popia basah di stesen kereta api.

Malah, daerah ini juga terkenal dgn pembuatan labu sayong,yg sangat cantik halusan ukiran di labu sayong itu sendiri, malah sangat terkenal di merata tempat.




Muzium Kuala Kangsar



9 : LUMUT / PULAU PANGKOR

terletak lebih kuran 85 kilometer ( km ) dari ipoh, Lumut cukup terkenal dengan keindahan hasil kraftangan batu karang yg unik serta cantik untuk dilawati. 

Ia juga sering dikunjungi oleh pelancong yg mahu ke Pulau Pangkor, yang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 45 minit dengan menaiki feri untuk menyeberangi ke pulau tersebut.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat proses pembuatan makanan laut segar di Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam. 





Kota Belanda


keindahan Pulau Pangkor


8 : Ipoh- The Limestone Wonder

Ipoh adalah satu bandar yg sungguh unik kerana dikelilingi oleh gunung-gunung, bukit-bukit Batu Kapur yg sungguh unik. pembentukan stalaktit dan stalagmit selama berjuta-juta mampu membuat anda terpegun dengan keindahan ciptaan Allah yg sunggu indah.

Di sini, anda boleh melihat keunikan Gua Tempurung, Gua Puncak, Sam Poh Thong Temple, Gua Temple , dan Gunung Helang malah Taman Tema Lost World ,juga sangat menarik bagi ibu bapa yg mahu membawa anak-anak bermain air dan untuk beristirehat.

Taman Rekreasi Gunung Lang pula menawarkan pemandangan bukit batu kapur dan tasik bekas lombong. 






pemandangan Gunung Helang 


boleh menaiki bot untuk ke seberang melihat pemandangan Batu Kapur


tersergam indah


penulis bersama dengan rumah tradisional lama di  gunung helang





lost world of Tambun

*nak tahu macam mana dalam nya
so,KENA LA DATANG KE SINI! :)




7 : ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI

Terletak di kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill), Zoo Taiping & Night Safari mempunyai keistimewaan tersendiri.

Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah satu-satunya zoo di Utara Semenanjung Malaysia.
Ia mengambil masa kira-kira 45 minit dengan 2.5 kilometer trek berjalan kaki.

Berkeluasan lebih 8.5 hektar, Zoo Taiping mempamerkan 1,300 haiwan daripada 180 spesies, antaranya harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan, kambing gurun, rusa ubi, badak tampung, kijang, pelanduk, kanggaru merah, angsa hitam dan angsa magpie.

Dirasmikan pada 15 Jun 2003, Night Safari antara pertama seumpamanya di negara ini.


pintu masuk zoo Taiping


6 : KELLIE CASTLE 

Sebut sahaja Batu Gajah, Perak, pastinya nama Istana Kellie atau Kellie’s Castle akan disebut sebagai tarikan utamanya.  Walaupun telah berusia 107, istana lama yang mulai dibina pada tahun 1905  ini terus kukuh berdiri di puncak bukit, malah keadaan fizikalnya makin bertambah baik hasil aktiviti konservasi yang telah dilakukan keatasnya. 



Cantik kan ?!







Jika mahu disingkap sejarah pembinaanya, ramai yang menyatakan Istana Kellie itu ibarat Taj Mahal Malaysia, kerana sepertimana bangunan bersejarah di Agra, India itu, Istana Kellie dikatakan dibina sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya. Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Istana Kellie pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. 


5 : GUA TEMPURUNG


Gua Tempurung adalah sebuah gua batu kapur di Gopeng. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai wujud sejak 8,000 SM.


Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza.


Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.


Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.
Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia di mana ia menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950 hingga 1960.





4 : TAMAN HERBA NEGERI PERAK




Taman Herba Negeri Perak seluas 22 hektar terletak di Kampung Kepayang di sepanjang Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah adalah tempat penanaman pelbagai herba yang kini dipenuhi lebih 525 spesies pokok herba.

Spesies popular yang boleh didapati di Taman Herba Negeri Perak ialah misai kucing, kunyit bonglai, kacip fatimah dan tutup bumi rimba.

Selain itu, spesies seperti emas cotek, jerangau, rempah padang, kunyit, serai wangi, bungah cengkih turut ditanam di sini.


3 : SUNGAI KLAH HOT SPRING




Dikelilingi bukit bukau serta gunung yang menghijau, Sungai Klah Hot Springs menawarkan sesuatu yang cukup unik.

Dibuka pada 2003, ia bukan saja menawarkan keseronokan mandi atau berendam di kolam air panas semula jadi dan air gunung tetapi pemandangan indah yang cukup menyenangkan.


anda mesti selalu merebus telur mengunakan air panas kan ??
apa kata jom mencuba kelainan kita merebus telur mengunakan kolam air panas semula jadi di Sungai klah ini , Tak Percaya ?? 



  

3 : BUKIT LARUT , TAIPING

Bukit Larut atau nama lainnya Bukit Maxwell. Ia terletak kira-kira 12 km dari bandar Taiping dan lebih kurang 1250 meter dari paras laut dan merupakan kawasan peranginan PERTAMA dan tertua di Malaysia. nampak betapa warisannya Bandar Taiping?



kabus-selepas hujan






Nama Bukit Maxwell juga diambil sempena nama pembantu Residen British pertama di Perak, George Maxwell

Di pertengahan bukit tu terdapat 'Tea Garden House' dimana dahulunya adalah sebahagian ladang teh diatas bukit tersebut. juga terdapat rumah-rumah peranginan di atas bukit yang kini dibuat sewa bagi yang ingin bercuti bersama keluarga.




Bagaimana untuk keatas bukit larut/Bukit Maxwell:

  • -berjalan kaki ikut jalan trek.
  • -menaiki Jeep/Land rover [bayaran dikenakan seorang RM6 naik dan turun]

TIPS -TIPS

  • -Bagi yang ingin menaiki Jeep keatas bukit Larut, jika anda tidak tahan dengan jalan bengkang bengkok, disyorkan membawa minyak angin atau asam untuk mengelakkan pening kerana jalannya banyak selekoh tajam.
  • -pastikan anda membawa makanan untuk bersantai diatas kerana cafe di bukit tidak berfungsi [maklumat lebih tepat sila bertanya pengawai bertugas]
  • -pastikan anda membawa kamera untuk mengambil gambar kenangan di kelilingi keindahan alam.



2 : HUTAN PAYA BAKAU MATANG



Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar. Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia. Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur.

Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang.  
Antara aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di situ ialah melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies.


\


1. TAMAN NEGERI ROYAL BELUM




kampung orang asli 


*aktiviti lasak yg ada di Royal Belum 


Taman Negeri Royal Belum adalah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung.

Antara haiwan liar di hutan ialah gajah, badak sumbu, tapir dan harimau. 
Royal Belum juga kaya dengan biodiversiti di mana tiga daripada 20 spesies bunga Rafflesia boleh dijumpai dan kesemua 10 spesies enggang Malaysia berkampung di situ.

Selain keindahan alam semula jadi, Taman Negeri Royal Belum juga adalah perkampungan Orang Asli iaitu di Sungai Tiang dan Sungai Kejar. 
Taman Negeri Royal Belum dikatakan lebih tua berbanding Hutan Amazon.

-sememangnya negeri perak kaya dengan pelbagai khazanah dan tempat-tempat yg menarik, ada lagi tambahan tempat-tempat yg best antaranya Menara Condong, Muzium TLDM, Taman Tasik Taiping, Lata Kinjang, Muzium Arkeologi Lenggong dan pelbagai lagi . . 

so! tunggu apa lagi! pergi lah bercuti segala-galanya ada di Malaysiaa!! 


nakr


5 comments:

  1. Mohon,,,, Susahnye nk cari tmpt melancong.. boleh x share apa lagi yng menarik di Ipoh nie??

    ReplyDelete
  2. Boleh tak share tempat main dan tempat shopping di perak harini

    ReplyDelete
  3. waahh sangat best saya nak cuba semua aktiviti ni...tapi tiada teman :(..bagaimana dengan bajet yg di perlukan utk pergi ke semua tempat tu...boleh sesiapa bagitahu saya?

    ReplyDelete